Pencinta Alam UIAM

Friday, January 26, 2007

World Civilization Research Group - GPTD

wednesday, january 24,2007Wacana Bulanan GPTD-"Meneladani Kejatuhan Uthmaniyyah (Siri 2)"
oleh Ustz.Hj. Hasrizal Bin Abdul Jamil


24 January, 2006 -Surau Multipurpose Room, Anjung Rahmat- GPTD telah menganjurkan Wacana Bulanan GPTD bertajuk seperti tertera di atas yang disampaikan oleh Ustz. Hasrizal selama dua jam yang bermula pada pukul 8.30 malam. Majlis dipengerusikan oleh saudara Najmuddin dengan mengalu-alukan kedatangan jemputan , tanyangan video berkaitan Sultan Muhamad Al-Fateh ditayangkan kepada para hadirin. Tepat jam 9.00 malam, selesai solat isyak berjemaah, ustaz memulakan diskusi beliau berkaitan dengan sejarah, salasilah kerajaan Uthmaniyyah dan cabaran-cabaran yang dihadapi ketika kerajaan Turki ditadbir oleh kerajaan ini. Sultan Abdul Hamid 2 iaitu sultan yang ke-34 Khalifah Uthmaniyyah, sekali lagi dibentangkan oleh ustaz, pembetangan itu adalah berkaitan bagaimana beliau mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Turki ketika zaman kejatuhan Uthmaniyyah, gerakan PAN ISLAMISMA. Pelbagai teladan dan pengajaran yang boleh diperolehi oleh kita untuk menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Tepat jam 10.30 malam tayangan video'Kejatuhan Islam di Turki' ditayangkan kepada para hadirin. Selepas itu semua hadirin dijemput ke jamuan ringan yang telah disediakan.
:: posted by Sahalfikri, 6:13 AM | link | (0) comments |