Pencinta Alam UIAM

Wednesday, February 22, 2006

Betul ke bigfoot wujud?



Sejauh mana kebenarannya? Bigfoot wujud..rasa macam tak percaya. Tapi tak semestinya ia mustahil. Yang penting kita tunggu jelah hasil kajian mereka.


Namun, kalau korang tengok dari satu sudut, ia menarik perhatian dunia apabila Menteri Besar Johor pun mengesahkan kewujudan bigfoot nih.. Nampak macam seronok je jadi glamer. Maka, hari demi hari orang pun berduyun-duyun pi ke Johor nak cari di mana bigfoot tu terutamanya para saintis dan pengkaji lain..


Korang rasa bangga ke? Bagi akulah, ini bukannya kebanggaan yang patut dimomokkan. Tapi, kalaulah betul bigfoot yang dikatakan bukannya binatang buas itu wujud, dia pasti akan melarikan diri apabila lebih ramai orang mencari dia.. ini mungkin juga difikirnya sebagai ancaman..


Apapun, kita tak pasti camana.. Jangan pula pemburu pun cuba mencari dan memburu bigfoot yang dinyatakan tuh.. Yang dulu jumpa kat luar negara tu pun tak berapa sahih maklumatnya.


Aku harap bila mereka masuk hutan tu, kalau tak jumpa bigfoot pun, diorg jumpa la sesuatu yg boleh dikongsi untuk pemuliharaan flora dan fauna kita. Mungkin diorg masuk nanti baru nampak betapa flora dan fauna semakin terancam di Malaysia.


Kita taknak jadi macam kat hollywood sana, ada satu bukit yang masih mempunyai harimau yang hampir pupus. Harimau tu dah tersepit di tengah2 bangunan yang mencacak tinggi. Apabila pendaki dan bikers naik bukit, kekadang tu ada kes dibaham harimau.. Salah siapa sekarang? Nak salahkan fauna tuh? Hmm, mereka tak bersalah kerana mereka merasa terancam sebnarnya..


Marilah sama-sama kita hargai alam sekitar kerana kehidupan kita saling perlu-memerlukan..

:: posted by Sahalfikri, 6:11 AM

0 Comments:

Post a Comment