Pencinta Alam UIAM

Friday, January 07, 2005

Sungai UIAM : Indah khabar dari rupa

alaulah kita tengok sungai UIA ni dalam gambar memang nampak cantik. Tapi hakikatnya, macam air teh. Kalau betullah air teh, boleh juga diminum. Malangnya ia adalah air kelodak yang dibawa air sungai apabila hujan termasuklah air sisa buangan dari mahallah dan kuliyyah.

Antara cara untuk mengenalpasti kebersihan air sungai ialah dengan melihat samada ada hidupan yang hidup dalam air tersebut. Jadi, kalau dilihat secara kasarnya memang banyak ikan yang hidup dalam air sungai UIAM. Tapi, plankton tidak pun kelihatan. Kebiasaannya kelihatan ikan tercungap-cungap mengharapkan makanan daripada manusia. Akhirnya hanya sisa buangan sahaja yang dimakannya. Dah macam ikan DBKL saja.. (tau tak ikan apa? Ikan ni warna hitam dan memang memakan kotoran sahaja. Mudah didapati di Sungai Klang)

Cuba kita perhatikan setiapkali melalui sungai-sungai di UIAM.. entah apalah nasib sungai dan hidupan sekitarnya?

:: posted by Sahalfikri, 6:19 PM

0 Comments:

Post a Comment